Thursday, July 21, 2011

Takrif Darah Kotor


Darah kotor adalah darah yang rosak dan tidak sempurna lagi kejadiannya. Selepas 3 bulan sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati, ia mengandungi lebihan asid urik, urea, mengandungi toksin dan sel darah merah yang rosak. sel darah kotor ini akan terkumpul di lapisan bawah kulit sebelum di kumuhkan. Sel darah ini akan di gantikan oleh sel darah merah yang baru yang mengandungi oksigen dan nutrien yang di perlukan oleh sel tubuh.

Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal di kumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari darah tersekat dan tersumbat dan kesannya akan menggangu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Darah kotor yang dikeluarkan yang mengandungi toksin mempunyai warna agak gelap kehitaman. Toksin ini masuk kedalam tubuh kita melalui makanan yang dipenuhi dengan bahan kimia tambahan seperti pengawet, pewarna dan sebagainya. Ia juga masuk kedalam tubuh melalui air yang kita minum yang tercemar.

Proses pembuangan darah kotor juga dikenali sebagai detoksifikasi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...