Friday, July 26, 2013

QUSTUL BAHRI / QUSTUL HINDI

Alhamdulillah, satu produk sunnah lagi saya war-warkan selain kapsul habbatussauda [seperti di blog]. Ianya di panggil QUSTUL BAHRI





Apa keistimewaannya?

Oleh itu mari kita selusuri hadis ini :

Sahih Bukhari 5260. Telah menceritakan kepada kami Shadaqah bin Al Fadl telah mengabarkan kepada kami Ibnu ‘Uyainah dia berkata; saya mendengar Az Zuhri dari ‘Ubaidullah dari Ummu Qais binti Mihshan berkata; saya mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Pastikan kamu mengguna kayu Hindi ini, kerana didalamnya terdapat tujuh macam penyembuh, boleh digunakan melalui hidung kerana sakit tonsil dan boleh digunakan dengan dimasukkan ke dalam salah satu bahagian mulut untuk dikemam kepada pesakit yang sakit lambungnya atau bahagian dada.’ Lalu aku masuk menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sambil membawa anakku yang belum makan apa-apa makanan, lalu anakku itu telah mengencingi beliau, maka beliau meminta air dan merenjis kan air itu ke atas air kencing itu.”

Dipanggil Qust Hindi kerana dibawa pedagang dari India. Dan dipanggil juga Qust Bahri kerana dibawa melalui jalan laut. Ianya adalah sejenis akar yang hidup di kaki bukit. Bukan berasal dari laut.

Dalam hadis ini dikatakan Nabi yang dalam Qust Bahri itu ada tujuh penawar. Tapi dalam matannya hanya disebut dua. Kerana perawi hanya ingat dua sahaja iaitu apa yang berkenaan dengannya sahaja. Maka selain dari itu, hanya Nabi sahaja yang tahu. Tapi bukanlah hanya tujuh itu sahaja. Ada lagi yang lain. Kena ada pengkajian perlu dijalankan untuk mendapatkan apakah manfaatnya lagi.

Untuk penerangan lanjut jom kita layan kuliah Maulana Asri mengupas kitab2 perubatan Rasulallah yang ada menceritakan berkenaan Qustul Bahri/Qustul Hindi



http://www.youtube.com/watch?v=SyyX0ITccbI


Setiap botol mengandungi 70 biji kapsul. Cara pengambilan diambil 1 biji pagi dan 2 biji malam.

Harga : Rm40 [tidak termasuk pos]

4 comments:

  1. Assalamuaykum .wbr Terima kasih ilmunya bermanfaat sekali. Salam dari Indonesia.

    ReplyDelete
  2. Assalamuaykum .wbr Terima kasih ilmunya bermanfaat sekali. Salam dari Indonesia.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, saya dari Indonesia boleh beli ini qustul bahri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga dari Indonesia. Hendak beli juga. Mohon informasinya

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...