Status : SOLD OUT
Assalamualaikum kepada para hajjam dan peminat
bekam.
InsyaAllah saya nak menawarkan kepada yang berminat untuk
mendalami ilmu thibbunnabawi ini akan satu buku perubatan karya Dr Ahmad
Ali Ridho yang berjudul BEKAM SINERGI : Rahasia Sinergi Pengobatan Nabi, Medis Moden dan Traditional Chinese Medicine.
Buku ini agak rare sikit bagi pengumpul buku2 bekam yang sebelum ini cuma didapati buku2 alih bahasa daripada timur tengah. Ia adalah karya asli beliau sendiri, seorang warga indonesia. Beliau menggabungkan perubatan moden, thibbun nabawi iaitu perubatan Rasulallah s.a.w dan juga perubatan tradisional Cina di dalam melakukan terapi bekam. Dan sangat2 di syorkan bagi peminat dan pengamal terapi bekam untuk mendapatkan satu copy akan buku ini. Really recommended beb! Memang terbaekk..
Buku ini menekankan pentingnya analisa
dan diagnos penyakit, kerana didapati masih sering terdapat kes2
kesalahan di dalam proses bekam yang disebabkan kekurangan ilmu para
juru bekam tentang hal itu. Buku ini terbit untuk menjadi rujukan untuk
menambah pengetahuan anda sebagai juru bekam. Tak salah, bila buku ini
anda jadikan salah satu buku rujukan dalam melakukan terapi bekam.
“Para penterapi bekam dalam menjalankan praktiknya perlu referensi
ilmiah yang kuat. Di antara referensi-referensi bekam yang saya miliki,
buku ini termasuk yang lengkap, praktis dan ilmiah. Di buku ini Dr.
Achmad Ali Ridho menuliskan bekam sebagai ilmu praktik pengobatan yang
dikaji secara luas, teliti dan hati-hati. Jika Anda penterapi bekam,
maka buku ini pantas disandingkan dengan buku-buku bekam favorit yang
telah ada sebelumnya…..”
– Dr. Mohammad Ali Toha Assegaf (pengkaji &
praktisi kedokteran Nabawiy, penemu metode smart healing, penulis
buku-buku kesehatan Islami).
Kelebihan buku ini:-
- Rujukan bekam yang lengkap, ilmiah, dan dilengkapi dengan halaman rajah berwarna.
- Ditulis oleh pengamal bekam, akupuntur & herbalis yang juga seorang doktor perubatan
- Memberikan nafas baru kepada pengobatan thibbun nabawi, perubatan moden dan tradisional cina
- Analisa dan diagnos gejala, sindrom, dan keadaan pesakit dengan cermat
Kelemahan buku ini :-
- Bukanlah nak dikatakan sebagai kekurangan cuma buku ini padat dengan term atau istilah perubatan cina akupuntur
seperti Yin Yang, Qi, Meridian dan sebagaiinya. Jika anda tiada asas akupuntur, saya
rasa agak lambat sedikit untuk memahami ketika membaca buku ini.
Harga : rm60 tidak termasuk pos.
p/s : Stok cukup2 terhad, siapa cepat dia dapat.
YouTube : Simposium Bekam Ke-1 - Bekam Sinergi [Dr Achmad Ali Ridho]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment