Friday, March 9, 2012

Track Barang Tempahan Anda Melalui Nationwide2u

Bagi para pelanggan yang dihormati, terima kasih dan saya rasa sangat berbesar hati di atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan untuk singgah sebentar ke blog saya yang tidak seberapa ini dan membeli beberapa barang yang saya jual. Alhamdulillah dan Jazakallah..

Cuma tahukah yang anda boleh memeriksa atau memerhati perjalanan barang pesanan anda dan di mana ia berada sekarang. Ok, kebiasaan selepas pengiriman yang saya buat saya akan SMS kan Consignment Note Number 8 digit kepada pembeli.

 Ini yang dipanggil 'Consignment Note Number'


Buat masa nie 100% pembelian saya hantar menggunakan Nationwide, option lain mungkin Poslaju. Kelebihan Nationwide ini ialah barang2 yang dihantar akan sampai pada keesokan harinya. Kecuali mungkin bagi kawasan yang berada agak pendalaman atau kawasan yang agak jauh ke atas seperti Perlis atau Kelantan.

Apa yang perlu anda buat ialah click akan link sini Nationwide2u dan masukkan nombor 8 digit yang diberi. Kemudian ikut seperti gambar di bawah.



http://www.nationwide2u.com/track.htm

Friday, March 2, 2012

Pen Bekam "Tiada Lama Tiada Baru".

Pepatah berkata 'Tiada yang Lama, maka tiadalah yang baru'.. Bukan apa cuma nak cerita perihal pen bekam yang penulis guna yang mencapai tahun ke 2 tanpa mengalami apa-apa kerosakan, dan itulah sahaja pen bekam automatik yang penulis guna siang dah malam. Walaupun penulis ini bukanlah juru bekam sepenuh masa. Itulah pen satu dan tiada dua atau tiga, dan rasa hampir 200 kali pesakit sudah dibekam menggunakan pen yang sama. Alhamdulillah. Sebelum menggunakan pen stainless steel ini penulis ada menggunakan beberapa pen plastik antaranya jenama Medilance dan Accu-check.

 
Perbezaan antara pen lama Silver dan pen baru Gold

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...