Friday, March 2, 2012

Pen Bekam "Tiada Lama Tiada Baru".

Pepatah berkata 'Tiada yang Lama, maka tiadalah yang baru'.. Bukan apa cuma nak cerita perihal pen bekam yang penulis guna yang mencapai tahun ke 2 tanpa mengalami apa-apa kerosakan, dan itulah sahaja pen bekam automatik yang penulis guna siang dah malam. Walaupun penulis ini bukanlah juru bekam sepenuh masa. Itulah pen satu dan tiada dua atau tiga, dan rasa hampir 200 kali pesakit sudah dibekam menggunakan pen yang sama. Alhamdulillah. Sebelum menggunakan pen stainless steel ini penulis ada menggunakan beberapa pen plastik antaranya jenama Medilance dan Accu-check.

 
Perbezaan antara pen lama Silver dan pen baru Gold


Pen bekam ini pada asalnya berwarna silver pada body dan gold pada penutup. Seperti mana pen bekam automatik yang penulis mula-mula jual dulu..Seperti gambar di bawah. Tetapi sekarang penutup dengan batang pen sudah sama warna.. Takpelah warna tak penting, yang penting fungsinya masih tip-top. Macam kita manusia juga, muka kerepot tak de masalah, yang penting hati mesti baik beb!!!

 
Pen Bekam Stainless Steel Automatik Sammora

Tips dari penulis, jika dijaga pen tersebut setiap kali lepas berbekam di lap bersihkan sisa-sisa darah pada luarannya samada menggunakan air, alkohol, dettol dan dikeringkan mana tahu jika terdapat air termasuk dalam pen tersebut, InsyaAllah ia akan tahan lama. Cuma jangan lah hendaknya dicelup atau direbus bersama-sama cup bekam saudara. Cukuplah dengan hanya di lap dan boleh juga di sterilize menggunakan lampu UV. Tapi untuk penutup pen tu tak de masalah untuk dibuat bagaimana pun, nak rebus boleh, nak kukus boleh, nak rendam dengan clorox / alkohol pun boleh.. Tak akan karat atau rosak.

Jadi maksudnya adalah amat-amat berbaloi jika para hajjam di luar sana membelanjakan sedikit bagi mendapatkan satu, jika dikira bahagi dengan jumlah anda belanjakan bagi mendapatkan satu pen dengan jumlah pesakit yang dapat di rawat. Bak kata peribahasa melayu "alah membeli menang memakai.." Tak gitu??!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...