Tuesday, January 24, 2012

Pen Bekam Sammora Automatic : Out Of Stok


Alhamdulillah di atas sokongan kawan-kawan di Malaysia dan juga di Singapura, stok bagi Pen Bekam Sammora Stainless Steel Automatik telah habis dijual. Dan akan ada penggantinya juga dari jenama Sammora cuma saya akan umumkan sedikit masa lagi. Jazakallah semua.

Saturday, January 21, 2012

Sakit ke Berbekam?

Ramai juga yang datang berjumpa terutama mereka2 yang tidak pernah berbekam akan melontarkan soalan2 seperti
  • Bagaimana ye rasanya berbekam? Sakit ke tidak bila di cucuk dengan jarum / pisau tu?
  • Bagaimana dengan Jarum Bekam?
  • Apa rasanya bila sudah selesai berbekam?
  • Bagaimana luka bekas bekam?

Friday, January 6, 2012

Jarum Bekam Misawa 21G

Bila pen dah terjual maka ada yang memberitahu yang agak payah mendapatkan Jarum Bekam Miswa saiz 21G, kekadang ada jenama yang sama tetapi saiz pula tak sama tapi kalau ada saiz yang sama pun OK dah walaupun jenama tidak sama.. Tapi nie kombinasi kedua2nya pun tak jumpa. apa citer! Habis farmasi dah keluar masuk tapi hampa...

Pada pengalaman penulis dan juga rakan2 Hajjam samada di Malaysia, Singapura ataupun di Indonesia memang cukup mengesyorkan saiz ini untuk berbekam. Mata jarumnya berbentuk pisau bekam dan hasilnya hampir sama dengan pisau bekam. Tapi menggunakan pisau bekam merupakan cara terbaik dan lebih mirip2 kepada sunnah Rasulallah.

Cuma sket masalah, ia memang agak susah untuk mendapatkan bekalan Jarum Lancet Misawa 21G ini, atau apa2 jenama yang saiznya 21G.




Wednesday, January 4, 2012

Review 2 Buku Karangan Dr Wadda A Umar berkaitan Bekam

Salam

Selepas begitu lama mencari, akhirnya penulis dapat juga membeli 2 buku Best Seller berkaitan Bekam / Hijamah karangan Dr Wadda A. Umar dari negara jiran kita Indonesia iaitu Sembuh dengan Satu Titik dan Bebas STROKE Dengan BEKAM. Pertama kali penulis melihat buku ini diiklankan di internet, penulis berfikir camne lah nak dapatkan satu. Puas penulis surf toko2 buku internet di Indonesia tapi kesemuanya tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran ke sini. Sedih masa tu, satu buku yang padat dengan info Bekam / Hijamah tapi tak tercapai dek tangan.. Tapi alhamdulillah baru-baru ini dengan pertolongan seorang rakan di sana dapat juga penulis memiliki senaskah buku2 ni.. Makasih mas Alvin Almuhandis..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...