Salam
Selepas begitu lama mencari, akhirnya penulis dapat juga membeli 2 buku Best Seller berkaitan Bekam / Hijamah karangan Dr Wadda A. Umar dari negara jiran kita Indonesia iaitu Sembuh dengan Satu Titik dan Bebas STROKE Dengan BEKAM. Pertama kali penulis melihat buku ini diiklankan di internet, penulis berfikir camne lah nak dapatkan satu. Puas penulis surf toko2 buku internet di Indonesia tapi kesemuanya tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran ke sini. Sedih masa tu, satu buku yang padat dengan info Bekam / Hijamah tapi tak tercapai dek tangan.. Tapi alhamdulillah baru-baru ini dengan pertolongan seorang rakan di sana dapat juga penulis memiliki senaskah buku2 ni.. Makasih mas Alvin Almuhandis..
Buku Sembuh dengan Satu Titik, Dr Wadda A Umar adalah seorang doktor perubatan yang sekaligus pakar terapi bekam. Dalam buku ini beliau memaparkan sejumlah titik bekam secara spesifik, dilengkapi dengan gambar agar mudah difahami. Beliau juga mencantumkan 100 macam penyakit yang boleh diubati cukup dengan satu titik untuk tiap2 penyakit. Maksudnya untuk kita sembuh tidak perlu pesakit dibekam berpuluh2 cup tetapi cukup satu atau beberapa sahaja tapi kena tepat pada tempatnya. Tapi dalam sesetengah kes lebih dari satu titik diperlukan dan lebih baik.
Bagi buku Bebas STROKE dengan Bekam, ia lebih spesifik dan lengkap dalam hal menangani stroke berbanding dengan buku Sembuh dengan Satu Titik yang menjelaskan prinsip bekam dan patofisiologi penyakit secara umum dan tidak memfokus pada sesuatu penyakit. Oleh itu buku ini menceritakan tentang latar belakang mengapa seseorang boleh terkena stroke dan bagaimana pengaruh stroke pada tubuh. Apa yang perlu dilakukan pesakit stroke dan yang lebih penting adalah bagaimana cara peranan bekam dalam menangani stroke. Langkah2 pembekaman, titik2 bekam, baik titik bekam berdasarkan titik meridian (bekam tradisional Cina), titik bekam Rasulallah dan titik bekam sesuai anatomi dan fisiologi sistem saraf (yang banyak dipakai di negara Eropah). Juga dilengkapi gambar tubuh manusia dengan titik2 bekamnya.
Di dalam kes pengubatan bekam ini, Dr Wadda juga ada menukilkan di dalam pengubatan stroke peranan perubatan moden juga janganlah ditinggalkan terus, bagi penulis menerusi pengalaman mengurut dengan berkala juga boleh menyembuhkan stroke. Tapi semua itu dengan izin Allah jua.
Cuma masalah kecik yang penulis alami ialah nak memahami bahasa Indonesia je, tapi lelain tu memang buku2 ini mabelesss... 2 buku yang WAJIB dan MESTI ada bagi para Hajjam di luar sana..
Laman web rasmi Dr Wadda A Umar di SINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment