Thursday, July 5, 2012

Sterilize Cup Bekam Anda Menggunakan LITTLE BEAN Sterilizer

Pastinya para hajjam yang sudah berkeluarga pernah terdengar/guna akan peralatan sterilizer untuk botol susu dan atau ada yang sudah mempunyai satu. Bila anak dah meningkat besar pastinya peralatan seperti sterilizer tu akan disimpan saja sambil menunggu kelahiran anak yang akan datang. Itu pun kalau masih ada la.. :) Tapi berapa tahun nak disimpan? 2-3 tahun? Sayang bukan, barang yang anda beli hampir rm200 [mengikut jenama] dibiarkan begitu sahaja.. Rugi-rugi..!!


Jadi apa kata anda ambil bawak keluar dari stor sterilizer botol baby tu dan gunakan untuk peralatan bekam yang selama nie mungkin anda menggunakan teknik2 steril lain seperti merendam menggunakan alkohol, klorin, dettol atau hanya merendam di dalam air suam/panas.. Saya tidak kata salah menggunakan teknik2 tersebut, bahkan saya sendiri dahulu menggunakan teknik yang sama cuma sekarang sudah menggunakan UV Sterilizer bagi steril setiap cup dan peralatan bekam yang digunakan. Cuma kali nie nak memberi tips bagi mereka2 yang sudah ada di rumah memasing sterilizer botol baby yang dah tak guna.. Atau mungkin akan digunakan tapi lama lagi, 2-3 tahun.. ahakss..

Dari cup hingga ke pen bekam boleh di gunakan cara ini.



 Ok apa yang saya lakukan selepas proses pembekaman ialah 
  • Basuh dahulu cup bekam dengan menggunakan sabun pencuci pinggan bagi menghilangkan kesan2 darah atau kesan minyak zaitun [jika menggunakan minyak zaitun sebelum bekam
  • Susun ke dalam alat sterilizer seperti gambar di bawah
  • Tutup dan 'ON' kan, dan proses pemanasan air [yang diletakkan terdahulu ke dalam unit sterilizer] berlaku untuk selama 8 minit secara automatik. Gambar dapat dilihat pada unit yang seperti berkabus di bawah.
  • Selepas 8 minit, ia akan terpadam sendiri dan peralatan anda boleh digunakan dan ia telah di sterilize cuma cup dan peralatan bekam perlu dilap bagi menghilangkan kesan-kesan air padanya.
  • Jika masih mahu menggunakan UV Sterilizer selepas proses ini pun boleh tapi pastikan cup betul-betul kering.

Proses sterilizer sebelum / semasa / selepas.

Pasti ada mereka yang sangsi boleh ke guna sterilizer botol baby ni untuk steril cup bekam. Betul tak?!! Sebenarnya boleh, sebab carakerja alat nie ialah ia menggunakan teknik wap air yang bersuhu tinggi bagi steril peralatan tersebut. Bagi menghasilkan wap bersuhu tinggi, air perlu dipanaskan [terdapat pemanas besi pada dalam alat tersebut] sehingga takat didihnya.

Mengikut wikipedia  

"Pada tekanan dan temperatur udara standard (76 cmHg, 25 °C) titik didih air sebesar 100 °C." 

Dengan suhu setinggi 100 °C kebanyakan kuman dapat dibunuh dan dapat dinyahkuman. InsyaAllah

Bagi menggunakan cara ini saya hanya syorkan anda menggunakan cup bekam yang mempunyai kualiti yang tinggi seperti jenama Sammora samada kotak biru atau merah. Selain dari itu seperti cup yang anda beli rm10-20 sekotak 6cup di pasar malam contohnya ia akan jadi seperti gambar di bawah. 

Cup bekam murah tidak sesuai di sterilize menggunakan teknik pemanasan.

Moral of the story, lagi mahal cup tersebut lagi tinggi kualitinya dan lagi lama anda boleh menggunakannya tanpa mengalami masalah pin tercabut, cup retak dsb. Jadi mereka yang serius dalam bekam ini janganlah anda sayang untuk memperuntukan sedikit belanja untuk membeli cup2 bekam yang agak mahal kerana bukan sahaja ia akan memudahkan perawat tetapi pesakit juga dapat rasa perbezaan dari segi sedutan antara cup murah dan mahal.. Serius! saya kata ini dari pengalaman. Dan juga lagi sempurna proses steril dapat anda lakukan pada cup bekam anda, tidak lah hanya mengelap cup dengan alkohol je selepas proses pembekaman.. Upgrade sket la bro..  :)

Selamat mencuba..

p/s : saya tidak menjual alat ini ye, minta maaf!





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...