Tuesday, August 28, 2012

Bagaimana Bekam Sebagai Penyembuhan Bagi Semua Penyakit?

Setiap masa apabila kita membicarakan berkaitan penyakit, satu perkara penting yang perlu kita yakini ialah setiap penyakit hanya akan sembuh dengan izin dari Allah sahaja. Itu fakta! Tetapi Allah juga telah mempersiapkan badan kita dengan kemampuan menakjubkan untuk menyembuhkan dirinya sendiri. Bagaimana tu?

Pertama sekali, perlu penjelasan bahawa apabila kita bercakap tentang penyembuhan semulajadi penyakit dan mengatakan bekam adalah penawar untuk semua penyakit. Bagaimana tu? 

·      Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan." [Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah]


·      Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda :
Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu" [Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil]

Di dalam perubatan bekam, ada penyakit yang boleh diubati melalui terapi bekam dan ada yang tidak. Contohnya jika lengan anda terputus, bekam tidak akan menyebabkan anda tumbuh dan menjadi tangan yang lain, cuma dengan berbekam ia akan membantu dalam proses penyembuhan apabila penyambungan semula [reattaching] anggota badan. Jadi kita mesti terlebih dahulu memisahkan keadaan yang berpunca daripada sebab-sebab yang luar daripada penyakit sebenar. 




Cara Kerja Bekam

Bekam membantu untuk menghentikan atau melambatkan proses terjadinya penyakit, di mana bekam mengoptimumkan penghantaran oksigen, nutrien dan cecair kepada organ-organ dan menguatkan fungsi organ-organ tersebut. Secara alaminya oksigen, makanan dan air adalah keperluan semua kehidupan tidak kira samada manusia, tumbuhan ataupun haiwan. Seseorang mungkin boleh bertahan seminggu tanpa makanan, dan beberapa hari tanpa air, tetapi jika tidak dapat oksigen beberapa minit sahaja mungkin kita akan mati. Oleh itu inilah kepentingan sistem aliran darah tubuh yang efisien dibantu dengan beribu-ribu arteri, vena dan kapilari yang mengekalkan kelancaran mengedaran oksigen, nutrien dan cecair untuk sel-sel badan.


Darah kita akan mati di dalam masa 120 hari, ada yang dapat dikumuh dan ada juga sel-sel yang mati tersangkut pada kapilari darah halus di bawah kulit dan kawasan otot-otot badan. Sel-sel darah mati ini akan menyebabkan menyumbatan dan sekaligus menghalang keupayaan badan untuk pulih dengan sendirinya. Bekam sebenarnya merupakan penawar untuk penyakit semulajadi disebabkan oleh pengurangan oksigen, nutrien dan cecair mencapai organ-organ, sel-sel penting tubuh badan.

Kita tahu apa yang berlaku jika kita berhenti oksigen semua kepada badan kita, bermaksud kita akan mati. Tetapi apa yang berlaku apabila oksigen untuk badan kita terjejas oleh bertahun pengabaian, pemakanan yang tidak sihat, makanan tiruan dan sejumlah besar pencemaran alam sekitar setiap hari dalam kehidupan kita? Jawapannya mudah, kita akan masih hidup tetapi fungsi badan kita mati secara perlahan-lahan.

Kita semua memahami kepentingan diet yang baik dan senaman secara konsistan, tetapi jika sistem kapilari badan kita tersumbat pengabaian tubuh, sel darah mati dan toksin. Senaman dan diet sahaja tidak akan membantu. Sebagai contoh anda boleh meletakkan coolant dan air bersih dalam radiator kereta anda, tetapi jika sistem aliran tidak mengedarkan baik, terdapat sumbatan pada radiotar. Kereta anda akan mengalami overheating. Perkara yang sama berlaku dengan badan kita.

Melazimkan diri dengan berbekam akan meningkatkan keupayaan badan dengan mengoptimumkan laluan bagi menyampaikan unsur-unsur penting yang badan kita perlukan untuk menjadi sihat. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...