Friday, September 9, 2011
Persiapan Berbekam
Secara amnya tidak ada persiapan khusus jika anda ingin di BEKAM, ertinya bila-bila saja boleh dibekam samada siang, malam atau bila-bila bergantung kepada kelapangan pesakit dan juga pembekam. Ia juga tidak menjadi masalah dari segi hukum.
Cuma beberapa faktor masa dan hari tertentu yang pernah diberitahu oleh Rasulullah dalam beberapa hadis Beliau yang merupakan masa terbaik yang akan menghasilkan penyembuhan maksima, ini akan dikupas pada posting akan datang..
Adalah disarankan lebih baik bagi mengurangkan kesan sampingan bagi sesetengah pesakit untuk makan 3-4 jam dengan pengambilan yang minima sebelum dibekam, karena jika perut anda terlalu kosong terkadang menyebabkan terlalu letih, pening atau loya.
Sebaliknya apabila dalam keadaan perut terlalu kenyang dengan makanan atau hanya berselang kurang sejam sebelum dibekam, kemungkinan sesetangah pesakit akan mengalami kesan mual atau akan muntah. Dan juga dinasihatkan untuk tidak berjima’ sebelum bekam, apalagi sesudahnya kerana akan menyebabkan badan anda terlalu letih.
Labels:
Bekam
Subscribe to:
Posts (Atom)