Tuesday, August 23, 2011
Proses Detoksifikasi Melalui Bekam
Detoksifikasi adalah proses pembuangan racun dari dalam tubuh kita. Racun yang dibuang ini masuk akibat gaya hidup kita yang banyak memasukkan bahan kimia ke dalam tubuh. Iaitu dari :
1. Pengambilan ubat2an pada jangkamasa yang lama
2. Makanan dengan bahan tambahan (pengawet, pewarna, MSG dll)
3. Pencemaran udara yang dihirup (rokok, asap kenderaan dll)
4. Air yang tercemar
5. Zat kimia dalam rumah (ubat nyamuk, stereofoam, dll)
Diantara penyakit2 yang di sebabkan proses detoksifikasi yang tidak sempurna ialah:
1. Migraine, pening dan loya
2. Gangguan pada kulit seperti jerawat, gatal dan ruam merah
3. Letih dan lesu
4. Sakit sendi dan urat
5. Gout
6. Darah tinggi
7. Kegemukan
8. Penyakit kulit
9. Stroke
10. Stress / kemurungan
11. Mual, kembung, sembelit atau sering buang air besar
Jika hal ini dibiarkan dalam tubuh maka kemungkinan akan mencetuskan terjadinya penyakit-penyakit yang lebih berat seperti darah tinggi, stroke, migraine atau kanser. Oleh kerana itu amalan detoksifikasi yang sempurna untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh adalah perlu dilakukan dengan kerap dan teratur.
Beberapa Proses/Cara Detoksifikasi dari badan manusia :
1. Pembuangan najis melalui proses hadas besar atau kecil
2. Senaman [melalui perpeluhan]
3. Hidroterapi
4. Berpuasa
5. Bekam / Hijamah
Dan tidak boleh disangkal bahawa dengan berbekam merupakan antara proses detoksifikasi yang paling sempurna kerana masakan ianya disyorkan oleh Rasulallah SAW di dalam banyak hadis2 sahih yang pernah catatkan.
"Pada malam aku diisrakkan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah".(Riwayat Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Muslim)
"Kesembuhan ada tiga perkara; minum madu, berbekam dan bakaran api (Al- Khayy). Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api". (Riwayat Bukhari)
Racun yang terkumpul di bawah kulit pada jaringan lemak. Racun ini akan dikeluarkan dengan cara pembekaman. Pengepaman alat bekam akan menyedut darah kotor yang pekat dan bercampur racun keluar dari dalam tubuh.
Untuk detox dengan cara bekam, ia seeloknya dilakukan rutin bekam pada titik sunnah sebulan atau dua bulan sekali agar tubuh kita bebas dari racun yang terhasil setiap hari.
Selain itu perbanyakkan makan makanan organik dan perbanyakkan minum air mineral/bertapis sekurang2nya 8 gelas sehari untuk memastikan toksin di dalam badan kita dapat dikeluarkan dengan sempurna, kerana bagi mereka yang hendak berbekam pun akan digalakkan banyak minum air sebelum dan selepas rawatan.
Labels:
Bekam,
Detoksifikasi
Subscribe to:
Posts (Atom)