Thursday, October 20, 2011

Bekam Menyembuhkan Racun


Dari Ka'b bin Malik bahawa ada seorang perempuan Yahudi menghadiahkan seeekor kambing bakar kepada Nabi s.a.w di Khibar.

Baginda pun bertanya : "Apakah ini?"
Wanita itu menjawab: "Hadiah".

Wanita itu berhati-hati jangan sampai mengatakannya sama sekali. Tidak lama kemudian, Rasulallah s.a.w makan dan para sahabat pun makan.

Tiba-tiba baginda bersabda: "Hentikan!"

Kemudian baginda bertanya kepada wanita itu: "Apakah kamu telah meracuni kambing ini?"
Wanita itu menjawab : "Ya".

Baginda bertanya : "Mengapa?"
Wanita itu menjawab : "Aku ingin, sekiranya kamu pendusta, orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu, tetapi jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu."

Maka Rasulallah s.a.w berbekam tiga bekaman di tengkuk serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam. Maka, mereka pun berbekam, tetapi sebahagian dari mereka meninggal.

HR. Abdurrazzaq (19814). Kisah ini ada sumbernya dalam riwayat Bukhari
Titik bekam di kawasan tengkuk adalah lokasi yang terbaik di mana pembuluh darah utama badan melalui titik tersebut,dan apabila proses bekam dilakukan kesemua darah kotor, racun, toksin yang ada diseluruh badan pastinya dapat disedut kerana tengkuk dan bahu adalah laluan utama yang menghubungkan otak kepada sistem peredaran darah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...