Thursday, October 6, 2011

Rawatan Bekam bagi penyakit Gout

Kebelakangan ini ramai juga kawan2 dan juga pesakit yang berjumpa dengan saya bertanyakan berkenaan rawatan bekam bagi mengubati penyakit gout atau juga dikenali sebagai asam urat.

Bagi penyakit gout, rawatan bekam merupakan rawatan yang tepat dan berfaedah kepada pesakit. Kerana gout ini terjadi adalah kerana lebihan asid urik pada kawasan gout dan dengan bekam kita akan mengeluarkan secara terus lebihan2 asid urik dan juga lebihan tosin dan darah kotor terbabit dan secara tidak langsung memperbaiki aliran darah dikawasan terbabit.

Rawatannya seperti berikut

Minggu pertama :  Pesakit akan dibekam mengikut 10 titik2 bekam sunnah iaitu 1 point di pundak kepala, 2 point di tengkuk, 1 point di kedua bahu, 1 point di kedua pinggang dan juga 1 point di kedua betis.

Ini adalah bagi memperbaiki aliran darah dan juga memperbaiki fungsi2 anggota tubuh badan secara keseluruhan. Disamping itu bekam dipinggang dapat memperbaiki fungsi ginjal supaya berfungsi dengan lebih sempurna.

Minggu kedua : Bekam akan dilakukan di kawasan kaki atau tangan yang mengalami gout bagi membaiki fungsi aliran darah dan merangsang fungsi saraf2 dengan membuang lebihan2 asid urik yang jika berlebihan akan mengakibatkan benjolan di bawah kulit yang dipanggil 'Tofus'.

Juga digalakkan bagi pesakit untuk mengulang rawatan sehingga 3 minggu berturut-turut dan selepas itu kekalkan berkala bekam di 10 point sunnah setiap bulan atau paling tidak pun 2-3 bulan sekali.

Rawatan bekam bagi gout ini juga boleh buat bersama rawatan fisioterapi ataupun urutan bagi memberi kelegaan urat2 pada sendi2 kaki.






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...