Wednesday, July 31, 2013

Buku BEKAM SINERGI Karya Dr. Ahmad Ali Ridho

Status : SOLD OUT




Assalamualaikum kepada para hajjam dan peminat bekam. 

InsyaAllah saya nak menawarkan kepada yang berminat untuk mendalami ilmu thibbunnabawi ini akan satu buku perubatan karya Dr Ahmad Ali Ridho yang berjudul BEKAM SINERGI : Rahasia Sinergi Pengobatan Nabi, Medis Moden dan Traditional Chinese Medicine.

Buku ini agak rare sikit bagi pengumpul buku2 bekam yang sebelum ini cuma didapati buku2 alih bahasa daripada timur tengah. Ia adalah karya asli beliau sendiri, seorang warga indonesia. Beliau menggabungkan perubatan moden, thibbun nabawi iaitu perubatan Rasulallah s.a.w dan juga perubatan tradisional Cina di dalam melakukan terapi bekam. Dan sangat2 di syorkan bagi peminat dan pengamal terapi bekam untuk mendapatkan satu copy akan buku ini. Really recommended beb! Memang terbaekk..


Buku ini menekankan pentingnya analisa dan diagnos penyakit, kerana didapati masih sering terdapat kes2 kesalahan di dalam proses bekam yang disebabkan kekurangan ilmu para juru bekam tentang hal itu. Buku ini terbit untuk menjadi rujukan untuk menambah pengetahuan anda sebagai juru bekam. Tak salah, bila buku ini anda jadikan salah satu buku rujukan dalam melakukan terapi bekam.

Para penterapi bekam dalam menjalankan praktiknya perlu referensi ilmiah yang kuat. Di antara referensi-referensi bekam yang saya miliki, buku ini termasuk yang lengkap, praktis dan ilmiah. Di buku ini Dr. Achmad Ali Ridho menuliskan bekam sebagai ilmu praktik pengobatan yang dikaji secara luas, teliti dan hati-hati. Jika Anda penterapi bekam, maka buku ini pantas disandingkan dengan buku-buku bekam favorit yang telah ada sebelumnya…..” 


Dr. Mohammad Ali Toha Assegaf (pengkaji & praktisi kedokteran Nabawiy, penemu metode smart healing, penulis buku-buku kesehatan Islami).

Kelebihan buku ini:-

- Rujukan bekam yang lengkap, ilmiah, dan dilengkapi dengan halaman rajah berwarna.
- Ditulis oleh pengamal bekam, akupuntur & herbalis yang juga seorang doktor perubatan
- Memberikan nafas baru kepada pengobatan thibbun nabawi, perubatan moden dan tradisional cina
- Analisa dan diagnos gejala, sindrom, dan keadaan pesakit dengan cermat

Kelemahan buku ini :-

- Bukanlah nak dikatakan sebagai kekurangan cuma buku ini padat dengan term atau istilah perubatan cina akupuntur seperti Yin Yang, Qi, Meridian dan sebagaiinya. Jika anda tiada asas akupuntur, saya rasa agak lambat sedikit untuk memahami ketika membaca buku ini.

Harga : rm60 tidak termasuk pos.

p/s : Stok cukup2 terhad, siapa cepat dia dapat.



YouTube : Simposium Bekam Ke-1 - Bekam Sinergi [Dr Achmad Ali Ridho] 


Friday, July 26, 2013

QUSTUL BAHRI / QUSTUL HINDI

Alhamdulillah, satu produk sunnah lagi saya war-warkan selain kapsul habbatussauda [seperti di blog]. Ianya di panggil QUSTUL BAHRI





Apa keistimewaannya?

Oleh itu mari kita selusuri hadis ini :

Sahih Bukhari 5260. Telah menceritakan kepada kami Shadaqah bin Al Fadl telah mengabarkan kepada kami Ibnu ‘Uyainah dia berkata; saya mendengar Az Zuhri dari ‘Ubaidullah dari Ummu Qais binti Mihshan berkata; saya mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Pastikan kamu mengguna kayu Hindi ini, kerana didalamnya terdapat tujuh macam penyembuh, boleh digunakan melalui hidung kerana sakit tonsil dan boleh digunakan dengan dimasukkan ke dalam salah satu bahagian mulut untuk dikemam kepada pesakit yang sakit lambungnya atau bahagian dada.’ Lalu aku masuk menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sambil membawa anakku yang belum makan apa-apa makanan, lalu anakku itu telah mengencingi beliau, maka beliau meminta air dan merenjis kan air itu ke atas air kencing itu.”

Dipanggil Qust Hindi kerana dibawa pedagang dari India. Dan dipanggil juga Qust Bahri kerana dibawa melalui jalan laut. Ianya adalah sejenis akar yang hidup di kaki bukit. Bukan berasal dari laut.

Dalam hadis ini dikatakan Nabi yang dalam Qust Bahri itu ada tujuh penawar. Tapi dalam matannya hanya disebut dua. Kerana perawi hanya ingat dua sahaja iaitu apa yang berkenaan dengannya sahaja. Maka selain dari itu, hanya Nabi sahaja yang tahu. Tapi bukanlah hanya tujuh itu sahaja. Ada lagi yang lain. Kena ada pengkajian perlu dijalankan untuk mendapatkan apakah manfaatnya lagi.

Untuk penerangan lanjut jom kita layan kuliah Maulana Asri mengupas kitab2 perubatan Rasulallah yang ada menceritakan berkenaan Qustul Bahri/Qustul Hindi



http://www.youtube.com/watch?v=SyyX0ITccbI


Setiap botol mengandungi 70 biji kapsul. Cara pengambilan diambil 1 biji pagi dan 2 biji malam.

Harga : Rm40 [tidak termasuk pos]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...