Thursday, October 20, 2011

Bekam Menyembuhkan Racun


Dari Ka'b bin Malik bahawa ada seorang perempuan Yahudi menghadiahkan seeekor kambing bakar kepada Nabi s.a.w di Khibar.

Baginda pun bertanya : "Apakah ini?"
Wanita itu menjawab: "Hadiah".

Wanita itu berhati-hati jangan sampai mengatakannya sama sekali. Tidak lama kemudian, Rasulallah s.a.w makan dan para sahabat pun makan.

Tiba-tiba baginda bersabda: "Hentikan!"

Kemudian baginda bertanya kepada wanita itu: "Apakah kamu telah meracuni kambing ini?"
Wanita itu menjawab : "Ya".

Baginda bertanya : "Mengapa?"
Wanita itu menjawab : "Aku ingin, sekiranya kamu pendusta, orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu, tetapi jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu."

Maka Rasulallah s.a.w berbekam tiga bekaman di tengkuk serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam. Maka, mereka pun berbekam, tetapi sebahagian dari mereka meninggal.

HR. Abdurrazzaq (19814). Kisah ini ada sumbernya dalam riwayat Bukhari
Titik bekam di kawasan tengkuk adalah lokasi yang terbaik di mana pembuluh darah utama badan melalui titik tersebut,dan apabila proses bekam dilakukan kesemua darah kotor, racun, toksin yang ada diseluruh badan pastinya dapat disedut kerana tengkuk dan bahu adalah laluan utama yang menghubungkan otak kepada sistem peredaran darah.

Tuesday, October 18, 2011

Kepentingan Strerilize Alatan Bekam.



Rawatan bekam adalah merupakan cara perubatan yang melibatkan methode pengubatan yang terlibat secara langsung dengan darah. Hampir semua alatan bekam bersentuhan langsung dengan darah pesakit. Maka sebaiknya semua alatan bekam mestilah dibersihkan dan dinyah kuman.

Thursday, October 13, 2011

Fakta Ilmiah Bekam / Hijamah


www.youtube.com/watch?v=aJFUKgRiUwY

Bekam / Al-Hijamah di pandang dari pandangan kedoktoran mengenai darah kotor yang keluar ketika berbekam.

Thursday, October 6, 2011

Rawatan Bekam bagi penyakit Gout

Kebelakangan ini ramai juga kawan2 dan juga pesakit yang berjumpa dengan saya bertanyakan berkenaan rawatan bekam bagi mengubati penyakit gout atau juga dikenali sebagai asam urat.

Bagi penyakit gout, rawatan bekam merupakan rawatan yang tepat dan berfaedah kepada pesakit. Kerana gout ini terjadi adalah kerana lebihan asid urik pada kawasan gout dan dengan bekam kita akan mengeluarkan secara terus lebihan2 asid urik dan juga lebihan tosin dan darah kotor terbabit dan secara tidak langsung memperbaiki aliran darah dikawasan terbabit.

Rawatannya seperti berikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...